Jumat, 17 April 2020

Memancing Di East Coast - Kisah Seram

Wawan Setiawan Tirta
Assalamualaikum semua. Saya memang minat mendengar rancangan MJ12 ni. Insya-Allah saya akan muatkan lagi kisah-kisah pengalaman saya dan juga gambar-gambar yang telah saya petik di kesempatan yang lain.
Pengalaman ini berlaku kira-kira 14 tahun yang lalu. Pada masa itu saya masih bujang dan sungguh minat memancing. Tetapi saya ini degil orangnya dan selalu ditemani adik angkat saya (nama samaran Jagger). Kita berdua sekepala dan amat degil. Pada masa itu, kami akan pergi memancing hanya berdua saja dan kita akan pergi ke tempat-tempat yang selalu ada cerita-cerita (penampakan.) Menjala di tempat penampakan Buaya Putih di Pasir Ris sampai 12 tengah malam dan macam-macam lagi. Mungkin pada masa itu kita berdua ingin mengetahui setakat mana tahap keimanan kita dan pengetahuan. Seperti orang kata nak 'test' betapa kuat ilmu kebatinan dan yang sewaktu dengannya. Sampai sekarang Alhamdullilah, tidaklah terjadi apa2 yang buruk pada kita berdua.


Ceritanya bermula pada masa dahulu kami bersekolah dan bekerja sambilan di satu tempat ini. Ada seorang kakak yang agak rapat dengan saya. Pernah dia bercerita tentang kenalan beliau ada memelihara "Kakak Cantik". Tetapi akan kasihan dengan "Kakak Cantik" itu, si beliau ini telah melepaskannya di kawasan pantai East Coast. East Coast tu panjangkan tempatnya??? Hanya mereka yang tahu sahaja akan tahu di mana lokasi sebenar. Yang saya pula diberitahu namanya yang sebenar. Nama si Kakak Cantik ni ....... Mengikut cerita, siapa yang tahu nama dia dan menyeru dia, beliau akan datang dan dari situ, nasiblah. Ertinya kalau dia datang dan kalau anda diberi melihat muka cantiknya di sebelah kanan, sudah nasib baik. Tapi jangan sebelah kirinya, padah! Dan bila menyerunya dia akan muncul bila masa anda berjalan di tempat orang berlari anak-anak.

Jadi saya dan adik angkat saya ni pun melengkapkan diri, seperti membersihkan diri dan mengikut apa yang telah kami amalkan dengan cara Islam. Dan pada malam Jumaat itu kami pun memulakan niat kami. Sampai di tempat tersebut sekitar pukul 6 petang. Setelah siap mengikat mata kail dan umpan dan sudah dicampak, sampailah waktu Maghrib. Seperti biasa, kami akan menunaikan solat fardhu. Dan memagar kawasan kami memancing. Setelah Isyak dan barulah dimulakan upacara memanggil si "Kakak Cantik". Saya pun memanggil namanya. Tepat pada pukul 11 malam mulalah dia datang, saya bisa nampak dengan mata halus. Dia berada di belakang kami. Tetapi dia tahu dan tak berani untuk masuk ke dalam tempat pagar kami. Pada mulanya dia hanya mencampakkan pasir. Jadi boleh rasalah, sambil kami memerhatikan joran masing-masing memandang laut dia di belakang menaburkan pasir ke arah tempat kami berehat / memancing dan apa sahaja dibuatnya, kami hanya buat bodoh, mengilai, menangis. Sambil itu kami hanya berzikir dan mulut kami tak henti-henti berzikir dan dia pun beredar ke tempat lain. Sampai pada masa kami berdua dah penat dan satu ikan pun kami tak dapat sejak dari mula (tahulah kenapa sebabnya), kami pun mula berbaring di tepi pantai dan memandang langit. Indah dengan cahaya bulan dan penuh dengan bintang-bintang.

Ni lah dia yang satu pengalaman yg tak akan saya lupakan. Sambil kami menikmati keindahan malam itu. Tiba-tiba di atas langit tempat kami memancing itu, ada seekor burung / itik serba putih terbang di atas kami. Dan burung / itik ini besar sekali, boleh dikatakan sama panjang seperti manusia. Dari situ kami tahulah. Bahawa "Kakak Cantik" tu sebenarnya masih di situ dan tidak melepaskan peluangnya. Tanpa berlengah, adik angkat saya pun memulakan unggun api (campfire). Kerana mengikut petua orang-orang lama, benda-benda halus dan juga binatang buas amat takut dan segan akan unggun api. Sampailah ke Subuh (ditutupi dengan solat fardhu Subuh) dan terbitnya matahari kami pun beredar dari tempat itu.

Mujurlah tidak ada apa-apa yang terjadi pada kami. Memang "Kakak Cantik" tu ada di kawasan memancing kami. Tetapi setelah dipagar dan dia tahu yang saya tahu nama dia. Kemungkinan dia agak segan dengan kehadiran kami. Lagi pun niat kami hanya mahu belajar dari pengalaman itu. Tetapi takkan kami melupakan pengalaman itu. Tapi saya sudah tidak memancing malam lagi, kerana sudah pun berumah tangga dan menpunyai anak yang masih kecil. Insya-Allah kalau anak saya sudah baligh masanya dan kalau dia berminat, akan saya bawa dia sekali. Mencari ilmu dan uji keimanan sendiri, betapa kuatnya.

Nasihat buat para pendengar, kalau mahu memancing malam atau lepak-lepak bersama teman-teman, berjaga-jagalah, di mana sahaja dia berada. Kerana kita mesti ingat, Allah telah menjadikan semua makhluk baik yang zahir ataupun batin. Kalau gelap itulah dia dan terang itulah kita. Jadi, kalau niat kita dan pengetahuan ugama kita suci dan ikhlas, Insya-Allah dia akan takut dan lari dari kita. Kerana martabat kita lagi tinggi dari dia. Dan itulah perjanjian Allah kepada manusia / Nabi Adam A.S. semasa syaithan dihalau dari Syurga. Tetapi dia telah bersumpah akan selalu menyesatkan anak-anak Nabi Adam A.S. iaitu kita.

Sekian Wassallam.
Hantu Laut.
Akan saya kembali.


Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club